Friday, July 1, 2011

Origami Box - tutorial

Hai....

Origami boxes are very beautiful. Several unit folded and joined together without using any paste. Folding these units is easy and very interesting too. It is as fun as solving a puzzle. You'll encounter delightful and wonderful and even unexpected experience when intricate patterns appear. Changing the joining method will create variations like flowery plates on top of the boxes. It's shown in the four different picture I upload for you, you'll understand what I mean.

Even though for the first timer, it is rather hard to follow the drawing instruction. Here I'm going to show the step-by-step picture instruction on how to create the origami boxes.

Let's start creating, be creative and have fun.


Kotak origami adalah cantik dan menarik. Cantuman beberapa unit lipatan kertas tanpa menggunakan sebarang gam menjadikannya begitu senang dan menarik untuk menghasilkannya. Menyeronokkan seperti menyelesaikan satu teka-teki. Corak-corak yang akan terhasil begitu memeranjatkan sekali, hasilnya yang cantik dan pelik setiap kali cara cantuman diubah akan membuatkan anda begitu terpesona. Di dalam empat gambar contoh di bawah anda akan dapat lihat apa yang cuba saya perkatakan.

Menghasilkan kotak origami untuk yang baru belajar, mungkin sedikit sukar untuk mengikuti langkah demi langkah cara menghasilkannya melalui lukisan. Untuk itu di sini saya akan menunjukkan cara membuat kotak origami melalui gambar.

Mulakan dengan kekreativitian anda dan bergembiralah.

Octagon:











The fourth picture are the basic design on which normally use as the base, while the other three are the different types of decorations for the top. Those decorations are made on the same pieces of paper used to create the octagon. Slowly you will learn how to do it after a few practise. Practise make perfect.......

Gambar keempat adalah corak asas yang selalunya digunakan untuk membuat tapak kotak, manakala yang tiga gambar lagi adalah corak bunga yang berlainan untuk penutupnya. Corak bunga dihasilkan dari kertas yang sama yang membentuk kotak oktagon tersebut. Perlahan-lahan anda akan belajar bagaimana untuk menghaslkan corak yang berbeza setelah melakukannya berulangkali. Latihan demi latihan akan menjadikan kita lebih cekap dan pandai.



Instructions (Cara-cara membuatnya):






Fold both opposite end as shown.

Lipat kedua-dua penjuru bertentangan seperti dalam gambar.



Fold into half.

Lipat dua.




Open and fold quarter way down.

Buka dan lipat ke bahagian suku ke bawah.



It will look loke this.

Menjadikannya begini.



 Press the folding line you've made.

Tekan semula garisan yang telah terhasil.



Turn backward and fold like shown base on the line on the other side.

Pusing ke belakang dan lipat sebagaimana yang ditunjukkan dalam gambar berpandukan garisan yang ada di sebelah belakang kertas.



Turn back and fold into two.

Pusing kembali dan lipat dua.



Open fold to create the side of the box.

Buka kembali untuk membentuk sisi kotak.




Make another seven pieces just like this and assemble them together.

Lipat tujuh helai kertas lagi serupa seperti di atas dan cantumkannya.





If you find it is hard to assemble it together, use paper clip make it stay together. Once its joined together, it won't come off.

Jika anda mendapati ianya sukar untuk menyambungnya, gunakan klip kertas agar ianya tidak bergerak dan tercabut. Apabila selesai mencantum keseluruhannya, cantuman akan menjadi kuat dan tidak akan tercabut.



The flower on top of the box, function as the lock of the assembly. Try different kind of flower folding and you'll see the outcome. I'm sure you'll be surprise.

Bunga di atas kotak berfungsi sebagai kunci kepada catuman tadi, di mana cara lipatannya memainkan peranan sebagai pengunci. Cuba pelbagai teknik lipatan bunga tersebut dan anda tentu akan terperanjat melihat hasilnya.


HAVE FUN?........GEMBIRA TAK?........

No comments:

Post a Comment