Friday, July 1, 2011

Tutorial - Happy Teacher's Day Card

Hai..

Happy Teacher's Day to all teachers.

Hey murid-murid...hadiahkanlah kad 'Selamat Hari Guru' pada guru anda....

Di sini kami akan menunjukkan cara membuat kad 'Hari Guru' yang mudah.






Bahan yang diperlukan:

Kertas pembalut hadiah

Kertas warna 120gm (70/80 gm pun boleh)

Manik huruf

Tali tangsi/benang

Gunting

Pisau

Gam



Cara-caranya:






Kertas warna tadi dipotong dua sama besar dan dilipat satu darinya begini.




Potongkan kertas pembalut hadiah kecil sedikit dari saiz kad yang telah dilipat tadi dan bulatkan keempat-empat penjurunya. Anda boleh menggunakan gunting atau pisau. Tapi berhati-hati ya...Di dalam gambar menunjukkan pisau yang selalu digunakan oleh crafter yang mana ianya lebih selamat.





Lekatkan kertas pembalut hadiah yang telah dipotong tadi di atas kertas warna yang telah dilipat tadi(kami guna kertas warna merah sebagai kad). Ambil sekeping lagi kertas warna dan dipotong lebih kecil dari kertas pembalut hadiah tadi.




Gunakan stamp pad kecil ini untuk mewarnakan keliling kertas warna tadi agar nampak seperti kertas lusuh. Jika anda tidak mempunyai stamp pad begini, anda boleh menggunakan berus/span dan water colour (cuma kena tunggu dia keringlah..) Setelah itu lekatkan di atas kad tadi seperti pada gambar yang di atas tadi.



Gunakan tali tangsi/benang untuk membuat rantaian manik dan ikat ke bahagian dalam kad. Bagi mereka yang tidak mempunyai manik huruf seperti di atas, anda boleh menulis menggunakan pen atau pensil warna. Lihat di bahagian tengah kad tersebut ada sekeping lagi kertas warna yang telah diwarnakan kellingnya menggunakan stamp pad dan dilekatkan di atas kad tersebut. Anda boleh menggunakan pelbagai corak kertas untuk menjadikan kad anda menarik.




Di bahagian dalam kad, lekatkan cellotape ke atas tali tangsi/benang tadi agar tidak tercabut dan gamkan sekeping lagi kad tadi yang tidak anda gunakan atau boleh juga gunakan kad berwarna lain untuk menjadikannya lebih keras dan kemas.


Anda boleh tambahkan hiasan lain seperti bunga atau gambar anda di atas kad tadi. Di sini kami tambahkan bookmark kerana guru seringkali menggunakannya untuk menanda mukasurat buku mereka.

Tuliskan ucapan terima kasih anda dan berikanlah kepada guru anda.

Let's be creative and have fun....


Tips:



Ini adalah acid free paper yang boleh anda dapati dalam ukuran 18 inci. Lebih tebal dan harganya juga lebih mahal. Selalunya digunakan oleh crafter untuk membuat scrapbook.




Ini pula adalah kertas pembalut hadiah pelbagai paten...ada paten susunan kayu, bunga ros dan corak jaluran. Yang harganya lebih murah untuk beginners. Gunakan stamp pad dan ianya akan kelihatan seperti kertas acid free tadi.


This is my favourite design.. dalam satu kertas terdapat pelbagai design. Selalunya saya akan memotong setiap design berasingan seperti gambar di bawah...






Daripada satu kertas hadiah kita boleh mendapat banyak design atau corak untuk hiasan kad atau scrapbook kita. Gambar di atas adalah cara saya menyimpannya. Gunakan plastik aiskrim dan guntingkan mengikut lebar corak dan gulungkan kertas tadi ke dalamnya dan simpankan dalam kotak jernih seperti dalam gambar dan labelkan agar mudah mencarinya nanti...

No comments:

Post a Comment